Sunday 25 September 2016

Cara terbaik beri anak kecil makan ubat semasa sakit

Image result for i hate medicine

Adui .. siksanya nak beri anak makan ubat masa dia sakit. Tak beri ubat nanti takut sakitnya semakin teruk. Serba salah dibuatnya. Kalau anak korang senang dan suka makan ubat memang sangat-sangat beruntung lah! Anak-anak saya memang payah makan ubat. Setiap kali nak bagi ubat suasana jadi macam 'perang  besar'. Kesian juga pada anak dah la sakit, stress pula bila kita paksa dia makan ubat sampai hilang suara menangis. Tapi kalau menangis, ubat ditelan ok lagi... ini .. menangis satu hal, stress satu hal .. ubatnya diludah keluar saja tak masuk pun dalam tekak .. huhu .. tak berbaloi 'berperang'. Ada sesiapa alami situasi yang sama dengan saya?

Antara petua untuk memberi anak yang tidak suka makan ubat ni ialah

1. Beri anak syringe yang telah di isi ubat dan suruh dia picit sendiri ke dalam mulutnya. Kadang-kadang budak ni lebih berani nak buat sendiri. Dia sebenarnya takut bila ibunya atau bapanya nak letak sesuatu yang dia tak tau rasanya ke dalam mulutnya. Lepas tu ibu dan ayah marah-marah suruh cepat. Lagi la dia takut. So.. bila dia picit sendiri dia akan lebih tenang.

2. Sediakan air masak dan air yang berperisa untuk menghilangkan rasa ubat tu. Bagi coklat pun boleh.

atau ...

3.  Cara yang agak 'keras' .. Bedung anak supaya tangan dan kaki tak bergerak. Biar menangis. Picit ubat ke dalam anak tekak. JANGAN KENA LIDAH. Ubat akan terus masuk ke dalam tekak dan anak tidak dapat keluarkan.


tetapi ........


Kesian kan anak kita. Rasa macam kita ni jahat sangat kalau paksa teruk-teruk kan sampai menangis. SO.... cadangan saya ... KUATKAN SISTEM IMUN ANAK. Bila badan dia kuat ... kalau demam, selsema, batuk sikit-sikit tu .. insyaAllah cepat je baik. Sakit ni sebenarnya bagus. Sebab bila sakit kita tau badan kita berfungsi untuk melawan anasir-anasir yang tidak baik tu. Usaha mencegah daripada mengubati. InsyaAllah kesihatan anak lebih baik. Tak payah nak berperang beri ubat.






0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2014 Ummie's Diary