Saturday, 15 August 2015

Kenapa bayi saya lambat merangkak dan berjalan?

Image result for baby girl crawling

"Baby awak dah pandai apa dah?" "Baru meniarap" "Ohh .. baby kita dah berdiri dan nak jalan dah!" "What? Baru 9 bulan kan umur baby awak? Baby kita dah 10 bulan dah ni merangkak pun belum. Macamana ni? Perlu risau ke? Patut dibawa jumpa pakar kanak-kanak ke?"

Haa ... ada sapa-sapa pernah alami situasi sebegini? Risau tak? Takut tak sekiranya baby kita tu mungkin tak pandai berjalan selama-lamanya atau ada masalah lain? Mesti tak tenang hati kan bila tengok bayi lain yang sebaya lebih lebih lagi yang lebih muda dah pandai macam-macam tapi bayi kita masih dok meniarap lagi. Tambah-tambah lagi bila jumpa mak mertua ke sedara mara ke dok tanya bila la anak hang nak merangkak ni?  awat lambat benar anak hang ni merangkak? Stress juga kan!

Sebenarnya ibu-ibu tak payah risau sangat-sangat.. risau sikit tu boleh lah. Perhatikan sebarang abnormaliti pada bayi kita. Kalau dia sihat, cergas .. tak perlu lah risau sangat. Tak salah nak bawa jumpa doktor untuk mendapat kepastian. Tapi sebenarnya kebanyakan kes sebegini tak perlu dirisaukan sangat. Semua bayi melalui perkembangan yang berbeza. Tak semestinya bayi yang cepat mencapai 'milestone' perkembangan bayi tu lebih cerdik daripada bayi yang lambat sikit. Ibu-ibu perlulah bersabar dan biarkan bayi 'explore' dan membesar mengikut masanya sendiri. Apa yang penting, pastikan bayi kita mendapat kasih sayang dan perhatian secukupnya di samping memberikan makanan yang berkhasiat dan memastikan persekitaran selamat untuk bayi bergerak.

Oleh itu ibu-ibu tak perlu risau sangat ye. Hargai dan nikmati setiap detik dan masa bayi kita ni masih kecil sebab baby ni membesar terlalu cepat!


 Ini baby saya, Ibrahim. Rasa macam baru je baring dalam bilik pembedahan utk melahirkannya ..  sedar tak sedar hari ni dah setahun 2 bulan umur Ibrahim. Berbanding kakak dan abang-abangnya, Ibrahim lambat sangat merangkak. Bayangkan dah 10 bulan masa tu dia masih belum boleh duduk dan merangkak. Saya risau juga tapi bersabar dan berdoa setiap hari semoga Allah kurniakan kesihatan dan Ibrahim dapat membesar menjadi anak yang soleh dan cerdik. Alhamdulillah bila masuk umur 11 bulan Ibrahim terus duduk tanpa bantuan dan mula berdiri. Rupanya dia tak mau merangkak. Bila umur Ibrahim 12 bulan dia dah boleh menapak selangkah dua dan merangkak. Sekarang dia dah jalan dengan lajunya kesana kemari. Tak mau duduk langsung!


Terima kasih Allah di atas nikmat yang telah diberikan kepada kita. Syukur, Alhamdulillah.

14 comments:

  1. Salam Puan..umur berapa ibrahim baru boleh berjalan.. sbb ank sy dh masuk 12 bulan baru meniti, berdiri tanpa pegang dlm bberapa saat..kemudian duduk.

    ReplyDelete
  2. Wsslm .. Allahu Akbar.. maaf sangat saya tak perasan ada comment di sini. Ibrahim start berjalan dalam setahun sebulan lebih kurang. Bila dah mula menapak satu dua tu dia terus berani jalan. InsyaAllah slow slow ... Ada budak tu dia takut nak berdiri. Kita kena bg dorongan selalu.

    ReplyDelete
  3. anak saya pun da 10 bulan masih tak merangkak Dan duduk lagi. risaunya hati hanya tuhan saja yg tahu..

    ReplyDelete
  4. Anak saya berumur 8 bulan n masih belum duduk n merangkak. Mmg stress bila time balik kg mertua.. Mak mertua asik compare ank kedua sy ni dgn kakak dia (ank pertama sy). Bila baca kisah Ibrahim, sy rasa cool sikit. Terima kasih puan sudi berkongsi kisah anak puan.

    ReplyDelete
  5. Assalam .. Ank sy nk msuk sthun daa tp still xleh duduk sendiri lg .. Risau sgt .. Cme blh jln satu dua langkah jee pastu terus jatuh ..

    ReplyDelete
  6. Assalam .. Ank sy nk msuk sthun daa tp still xleh duduk sendiri lg .. Risau sgt .. Cme blh jln satu dua langkah jee pastu terus jatuh ..

    ReplyDelete
  7. Mummies2 kat atas,macam mana perkembangan anak2 anda skrg?sbb baby sy dah hampir 10bulan pun masih belum duduk..kita dirikan dia pun still lembik2 kan badan..risau sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sme with me la sis..tp btol jgk kot..bby ni kemampuan dia berbeza..kita xley nk cmpre sgt..

      Delete
  8. Thanks akk..lega skit sya dgr perkongsian dr akak..baby sya skrg dh 11 bulan ..masih x dpt duduk sndri ..mengesot dh boley..angkt bdn pun dh.tp bile nk mrgkK dia mls..๐Ÿ˜‚.kdg2 boring jugk . Sbb org sekeliling sllu compre dgn anak2 diaorg.๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la sis.. Baby sy pon nk masuk 11bln dh ni still xboleh merangkak dgn duduk sndiri.. Mengesot je laju..nk imbangkan badan pon xreti lg.. Risau sgt bila tgok baby lain muda dr dia dh pandai meniti nk berjalan.. ����

      Delete
  9. Trima kasih atas nasihat dari mummy2 semua ingtkn sye je alami..fareez haikal ank sy bru masuk 9bulan 2ari x pndai duduk lg...mgangkak dia dh pnh cuba tpi x mnjdi lpastu dia dh mls...risau sgt sbb dia ada cousin yg sbaya dgn dia 3org semua dh berjaln mcm f1..semua bndingkn malah ank buah sy 9bulan dh brjalan aduh risau nya...
    Ah

    ReplyDelete
  10. Ank sy dh nk masuk setahun merangkak pun blom..bjalan pun tak lg..risau jgk sy

    ReplyDelete
  11. Rasa sejuk sikit hati dan kurang risau bila baca entry ni... Harap anak sy pun camtu juga bila sampai usia dia nanti...

    ReplyDelete
  12. rasa lega sikit baca sharing puan. anak saya dah 8 bulan. tak pandai lagi duduk. saya sentiasa berdoa dia sihat macam budak2 lain. memang betul setiap budak perkembangan berbeza.

    ReplyDelete

Copyright © 2014 Ummie's Diary