Saturday 16 January 2016

Mengatasi masalah KENCING PONTIANAK




Seraamm tak bunyi tajuk post ni .. seram tak? seram tak? hehehe ... maunya tak seram kan. Seriously? Kencing pontianak? Macamana boleh kena kencing dengan pontianak tu? Ishh .. takut seh! Misteri nusantara sungguh ni.. hehehe.

Haaa .. terperanjat saya bila ada customer yang tanya macamana nak rawat kencing pontianak ni... korang jangan terkejut .. sebenarnya kencing pontianak ini rupanya sejenis penyakit kulit yang gatal-gatal tu. Nama lainnya ialah gegata atau kelopak garam atau dalam bahasa omputihnya hives. Haaa ... baru lah familiar sikit bunyinya kan. Tapi serius tau ada orang panggil gegata ni kencing pontianak. Tak tau dari mana timbulnya istilah ini. Ada juga orang panggil kena sembur pontianak .. sopan la sikit dari kena kencing .. huhu.

Macamana sebenarnya bila kena gegata ni? 

Gegata ni ialah apabila sebahagian kulit menjadi kemerahan, tebal, gatal dan adakalanya membengkak. Boleh tengok gambar di bawah ni. 

  
Gambar sumber dari google

Biasanya gegata ni macam muncul tiba-tiba je lepas tu rasa gatal sangat sampai tak boleh nak control tangan nak menggaru.. huhu. Adakalanya ia boleh berlarutan beberapa jam dan ada juga sampai berminggu lah baru hilang. 

Apa sebenarnya punca gegata ni?

Menurut doktor, gegata ni terjadi kepada orang yang sensitif sikit kulitnya. Alahan kepada hama, habuk, makanan laut, di sengat serangga maupun cuaca yang terlalu panas atau sejuk secara tiba-tiba boleh menjadi punca timbulnya gegata ini. Ada juga terjadi akibat reaksi kepada bahan kimia, getah dan sebagainya. 

Apa pun, jika anda terkena kencing pontianak/gegata ni .. jangan risau. Boleh cuba beberapa petua seperti di bawah :-


  • basuh tempat yang terlibat dengan air garam yang dilarutkan dalam air suam
  • tumbuk halia dan letak di tempat yang gatal .. memang pedih sekejap tapi cepat hilang gatal-gatal tu
  • tumbuk kunyit hidup dan campur kepada kapur sedikit, sapu di tempat yang gatal
  • ambil tepung beras, letak sedikit air dan bentukkan seperti bola, golek-golekkan di bahagian yang terkena gegata kemudian lalukan bola tepung beras tersebut pada api untuk membunuh/membakar hama yang melekat padanya. Ulang proses sehingga gegata surut.
Kalau sesekali kena gegata ni boleh la cuba salah satu petua di atas. Tetapi kalau sering kena gegata ni, lebih baik kita kuatkan sistem badan kita supaya mudah melawan serangannya. Kalau nak cuba produk Shaklee boleh cuba ambil mana mana vitamin dalam set gegata Shaklee iaitu vitamin C, Bcomplex, Gla Complex dan nutriferon.




Vitamin C
Dalam konteks ini vitamin C mengurangkan histamin yang menjadi menyebab gegata. Vitamin C juga meningkatkan antibodi kita selain elok untuk kulit. Jadi kalau selalu kena gegata ni elok bebeno amik vitamin c setiap hari. 
Vitamin B-Complex
Juga dikatakan boleh mengurangkan kadar histamin dalam badan. Selain itu, terdapat kajian menunjukkan individu yang sering terkena gegata mengalami kekurangan vitamin B Complex, terutamanya panthotenic acid (B5)
GLA Complex
Mengandungi omega - 6 asid lemak perlu yang sangat membantu meningkatkan sistem immun badan. Gamma Linolecin Acid dalam GLA Complex sangat membantu mengatasi masalah allergi. 
Nutriferon
Berfungsi meningkatkan imuniti badan untuk melawan serangan patogen yang menyebabkan allergi. 

Jika anda selalu kena gegata ni boleh la cuba vitamin Shaklee ni. InsyaAllah ia boleh membantu menyelesaikan masalah anda. Jangan biarkan diri anda diselubungi MISTERI .. hehehehehe


Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Zaharah
019 6536303


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2014 Ummie's Diary