Friday 15 January 2016

High School Batu Pahat




Sudah dua minggu sessi persekolahan tahun 2016 bermula. Baru berkesempatan nak update blog hari ni. Alhamdulillah anak kedua saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pembelajaran sekolah menengahnya di Sekolah Menengah Tinggi Batu Pahat atau lebih dikenali sebagai High School. Sekolah ni all boys school dan ianya salah satu sekolah kluster kecemerlangan di daerah Batu Pahat. Oleh itu memang teruja juga lah bila anak dapat masuk sekolah ni. Di sekolah ini juga ada disediakan asrama untuk pelajar-pelajar yang tinggal jauh dari sekolah. Anak saya juga terpilih untuk tinggal di asrama sekolah ini syukur alhamdulillah. Nak katakan jauh sangat dari rumah tu tidak lah .. tapi selalunya jalan nak ke sekolah ni jam .. jadi penat juga lah kalau tiap hari berulang dari rumah.

Minggu pertama anak saya memulakan persekolahan dan tinggal di asrama memang hati ni rasa sangat berat dan kosong gitu. Iye lah .. selalu anak depan mata. Ini tiba-tiba dah duduk tempat lain. Lebih memberatkan perasaan pelajar tidak boleh bawa telefon bimbit ke asrama, jadi tiap hari menunggu anak telefon menggunakan telefon awam. Bila pergi melawat, tengok muka anak pun sayu yang amat. Rupanya dia pun rindukan rumah juga. Aduhhh. Makin berat rasa hati tapi kena kuatkan semangat juga sebab kita nakkan yang terbaik untuk anak kita. InsyaAllah nanti Allah permudahkan semuanya. Alhamdulillah bila masuk minggu kedua semuanya semakin mudah. Mungkin juga pengalaman 3 tahun lalu semasa anak pertama masuk asrama MRSM menjadikan saya lebih kuat sekarang. Masa anak pertama masuk MRSM tu hampir sebulan saya menangis setiap kali teringatkan anak saya tu. Tetapi yang mudah sikit masuk MRSM ni pelajar dibenarkan bawa telefon bimbit jadi mudah lah kita nak tanya perkembangan anak, boleh tau kalau dia ada masalah ke apa ke.

Yang memeranjatkan saya. anak ke 3 saya selalu cakap dada dia sakit sejak mula sesi persekolahan. Mula-mulanya saya ingat dia penat sebab tahun ini kelas nya di tingkat 4 sekolah. Bawa beg yang berat tiap hari. Badan pun kurus kering je. Saya risau juga tapi satu hari saya tanya betul betul .. sakitnya macamana. Kuat ke sakitnya. Anak saya jawab.. 'susah nak cakap sakit macamana .. macam ada empty space in my heart' .. huh? pulak dah. Empty space? Saya tanya sejak bila sakit dada ni? Dia jawab sejak kakak dan abang masuk asrama. Ya Allah. Rupanya anak kecil ini pun merasai apa yang saya rasai .. rasa kosong .. maknanya dia rindu sangat pada kakak dan abangnya. Kesian dia. Kawan bermain dan bergaduh dah tak ada. Tapi yang tak bestnya dia makin kuat menyakat adik (anak no 4) pula. Pening pening.

Ini lah cerita saya hari ini .. emosi sikit eh ... hehehehe .. jangan boring yer. Marilah kita semua berdoa bersama-sama .. semoga anak-anak kita, keluarga kita dan orang-orang yang kita sayangi akan memperoleh kejayaan dunia dan akhirat. Sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah. Sentiasa dalam taufik dan hidayah Allah. Jauh dari gangguan dan tipu daya iblis dan syaitan Aminnn.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2014 Ummie's Diary