Tuesday 1 December 2015

Informasi untuk ibu yang bayinya kena kuning atau jaundis berpanjangan


Seronoknya lah kan bila dapat baby baru. Hilang rasa sakit yang ditanggung semasa melahirkan bila menatap wajah comel bayi kita, pegang tangan dan jari jemari bayi yang comel comel tu.. rinduunya saat itu. 

Tapi satu je 'mimpi ngeri' ibu selepas melahirkan bayi ni .. bayi kena jaundis atau kuning. Lebih merisaukan bila kena jaundis berpanjangan lebih 2 minggu dan ada kalanya sehingga umur bayi 2 bulan. 

Antara punca yang boleh mengakibatkan jaundis berpanjangan ialah : 


1. Masalah hati – biliary atresia, neonatal hepatitis, choledochal cyst
2. Masalah jangkitan saluran kencing
3. Jangkitan semasa dalam kandungan ( TORCHES)
4. Masalah metabolic ( galactosemia)
5. Sindrom-sindrom tertentu yang berkaitan dgn masalah hati
6. Masalah kelenjar tiroid

Sebab itulah bila jaundis ini berpanjangan, doktor akan melakukan ujian air kencing dan darah kepada bayi untuk memastikan keadaan organ dalaman bayi berada dalam keadaan sihat.
Setelah semua siasatan melalui ujian darah dan air kencing adalah normal maka diagnosis utama adalah breast milk jaundice dan tiada rawatan diperlukan kerana ia akan hilang sehingga umur bayi berusia 2 bulan.
Ada pun begitu tanda yang merbahaya adalah sekiranya najis bayi bewarna pucat kuning atau pun warna air kencing gelap seperti teh pekat kerana itu mungkin masalah hati tersumbat. Selain itu tiada tanda yg sepatutnya merisaukan kerana kebanyakan kes jaundis berpanjangan ini tidak bahaya pun. Dikatakan biasanya punca jaundis berpanjangan adalah bayi sebenarnya tidak mendapat susu ibu yang mencukupi ataupun ibu ada makan herba/jamu semasa dalam pantang. Doktor akan menasihati ibu supaya mengelakkan mengambil sebarang herba dalam pemakanan, hatta halia dan kunyit pun tak boleh. 

Ini saya sendiri alami. Anak saya kena prolonged jaundice selama sebulan lamanya. Risau juga mula mula dan penat kerana tiap hari kena ulang alik ke klinik untuk cek kuning. Tapi alhamdulillah selepas sebulan hilang dah kuning bayi saya dan dia pun sihat je .. syukur. Saya memang elakkan mengambil sebarang herba dan hanya mengambil makanan seimbang di samping mengambil multivitamin untuk memastikan badan sihat dan cergas dan dapat menghasilkan susu yang mencukupi dan cukup khasiat. 

Paling utama, pastikan bayi mendapat susu yang mencukupi. Kejutkan bayi bangun setiap satu jam untuk menyusu. Kalau perlu pam susu dan berikan melalui botol kerana bayi yang ada jaundis ni memang sangat mengantuk. Jadi kitalah yang kena bekerja keras memastikan dia minum sebanyak yang boleh. InsyaAllah jaundisnya cepat hilang. Tak perlu beri bayi susu kambing, sengkuang cina dan sebagainya tetapi cukuplah beri susu ibu sahaja. 

Mudah-mudahan info yang sedikit ini dapat memberikan sedikit pencerahan dan panduan kepada ibu ibu yang sedang menghadapi masalah ini. 




Zaharah
sms/whatsapp 0196536303





0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2014 Ummie's Diary