Wednesday 30 September 2015

Betul ke kalau tak makan nasi boleh cepat kurus?




Sana sini semua orang nak kuruskan badan. Elok la tu memang bagus sebab kalau overweight pun akan mengundang pelbagai penyakit. Bahaya untuk jangka masa panjang. 

Tapi kan .. ramai yang cakap kalau nak kurus cepat, kena kurangkan atau tak makan nasi terus. Betul ke macam tu? Boleh tahan ke perut kalau tak makan nasi langsung? Saya tak boleh. Perut pedih kalau tak makan nasi. Tapi saya selalunya kurangkan jumlah pengambilan nasi tu. Yang pentingnya ambil sayur-sayuran dan buahan lebih banyak untuk memenuhkan perut. Sayur pula lebih elok kalau kita ambil ulam-ulaman atau sayur mentah. 

Sebenarnya teori 'jangan makan nasi kalau nak kurus' tu di ambil daripada teori kanji. Kanji yang terlalu banyak lebih mudarat dari lemak. Nasi tu kanji. Yang bahayanya jika kanji dimakan berproses, seperti nasi putih. Jika kanji berada dalam keadaan asli seperti brown rice, ia bukan kalori kosong maka ia berzat yang manfaat. Bila mengambil nasi putih tanpa serat, lemak dan protein secukupnya ia akan menyebabkan kegemukkan sebab kita akan rasa nak makan lagi dan lagi. Badan kita yang kurang zat akan rasa lapar dan rangsangkan kita untuk makan lebih banyak. Sebab itu lah makanan yang seimbang amat penting untuk orang yang nak diet.

Nasi putih juga tinggi glycaemic index berbanding banyak karbohidrat lain. Ini bererti kadar gula dalam darah cepat naik selepas makan nasi putih. Pengeluaran insulin untuk nak tangani kanji berlebihan pula akan hasilkan kurang kepekaan badan pada karbohidrat dan ini menyebabkan kadar gula dalam darah meningkat serta satu keadaan yang dinamakan metabolic syndrome, antara simptomnya adalah gemuk.Pendek kata, kanji yang dimakan secara berlebihan tidak dapat dibakar menjadi tenaga dan akan bertukar menjadi lemak. Ini lah yang kita tak mau. 

Nasi sebenarnya bagus untuk kita tetapi nasi yang bagus adalah nasi asli tanpa dibuang khasiat nya. Juga, nasi bagus adalah nasi tanpa kimia dari racun serangga, ditanam di tanah yang subur. (Organic brown rice or organic white rice cooked with other seeds and with added coconut fat). Tapi sekarang ni bukan mudah nak pastikan beras yang kita beli tu tak ada bahan kimia kan. Kalau yang memang organik ke atau brown rice tu harganya mahal la pulak. 

Jadi kesimpulannya pada saya .. jangan tak makan nasi tapi kurangkan lah ambil nasi. Pastikan kita makan lauk-lauk dan sayuran yang seimbang nutrisinya untuk mengimbangi kemudaratan nasi/kanji tu tadi. Dan paling penting, kalau nak kuruskan badan tu, minum air yang mencukupi (2 liter sehari paling kurang). Yang ni memang selalu orang tak  buat sebab malas nak pegi toilet. Air sangat penting tau untuk proses metabolisme dan penyingkiran toksin dalam badan. Selain itu .. beriadah lah bagi keluar peluh dan bakar kalori yang kita dah ambil tu. Boleh juga ambil suplemen untuk memastikan badan kita cukup segala zat dan mineral supaya badan tak rasa mengidam nak makan itu ini. 


Stay healthy, Stay Fit and Stay Safe !



Zaharah
sms/whatsapp 019 653 6303


3 comments:

  1. 3 Studies PROVE How Coconut Oil Kills Belly Fat.

    This means that you actually burn fat by eating Coconut Fats (in addition to coconut milk, coconut cream and coconut oil).

    These 3 researches from big medicinal journals are sure to turn the conventional nutrition world upside down!

    ReplyDelete
  2. Saye dah tiga minggu tak makan nasi. Smenjak brhenti rokok bdan makin bulat. Slere mkan mmang membuak buak. Shari tu sye try tak makan nasi. Saye mkn roti kosong or tlor rebus je. Now mcm tak caye dah tiga minggu. Sye amal kan mkn buah, tomato timun, tlor rebus. Brsenam. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow berenti rokok bdn makin bulat tp aku isap rokok pn bdn makin berisi jugak acaner tu? Kah3 !

      Delete

Copyright © 2014 Ummie's Diary