Thursday 15 October 2015

Kismis bukan makanan sunnah?



Apa itu makanan sunnah? Makanan sunnah ni dikaitkan dengan makanan yang ada disebut dalam Al-Quran dan di amalkan oleh Nabi Muhammad SAW. Makanan sunnah memang tinggi khasiatnya dan besar manfaatnya kepada kesihatan kita tetapi ini tidak bermakna makanan lain yang dicipta oleh Allah di muka bumi ini kurang kebaikannya. Ini bukanlah bermakna kita meragui kebenaran yang diturunkan melalui  al-Quran atau mempertikaikan sunnah yang diamalkan, Cuma jangan terlalu taksub dengan makanan sunnah sehingga terlalu mengagung-agungkannya. 

Dan yang mengejutkan saya rupanya kismis tidak termasuk pun dalam makanan sunnah sebenarnya. Ini telah dijelaskan oleh Dr Danial Zainal Abidin semasa beliau mengupas buku beliau tentang perubatan Islam dan Bukti Sains Moden di TV3 baru baru ini.  Menurut Dr Danial, kismis bukanlah makanan sunnah yang dimakan nabi tetapi memakan kismis itu adalah baik. Seperti kita makan buah lain. Sudah tentu ada khasiatnya. Malangnya kismis ni selalu dipergunakan dengan mengaitkannya dengan sunnah nabi sedangkan ianya tidak benar.



klik gambar utk lihat video penerangan Dr Danial


Dr Mohd Asri Zainal Abidin (MAZA) juga pernah menegur perkara yang sama!

"..banyak dakwaan seperti makan kismis menguatkan ingatan, sebenarnya tiada dalil yang sahih daripada Nabi s.a.w mengenainya..Ibn al-Qayyim sendiri menyebut dalam al-Tibb al-Nabawi bahawa dua hadis yang disebut tentang kelebihan kismis tidak sahih.. cumanya, ada riwayat daripada al-Zuhri beliau menyatakan kismis bermanfaat untuk ingatan..orang berniaga jangan sandarkan kepada Nabi s.a.w!"

Dipetik dari post beliau di FB dari page DrMaza.com


Oleh itu bagaimana pula produk makanan sunnah yang terdapat di pasaran sekarang? 

Semenjak dua menjak ni banyak betul produk makanan kesihatan yang dilabelkan sebagai makanan sunnah. Selalu kan ada iklan jus atau minuman campuran kurma, madu, kismis, delima dan lain lain. Syarikat pengeluar mendakwa kononnya itu makanan sunnah dan berkhasiat tinggi kerana dah bercampur semuanya. Tapi ternyata sebenarnya ada hadith Rasulullah melarang mencampur adukkan buah-buahan lain jenis untuk dijadikan jus. 


Hadis riwayat Jabir bin Abdullah Al-Anshari ra : 

Bahawa Nabi saw melarang anggur kering dicampur dengan kurma atau kurma yang  belum matang dengan kurma yang matang (Shahih Muslim No. 3674)

Hadis riwayat Abu Qatadah ra., 

Rasullullah saw bersabda : Janganlah kalian membuat minuman kurma setengah matang (mengkal) dan kurma matang sekaligus. Janganlah kalian membuat minuman anggur dan kurma sekaligus. Masaklah masing-masing dari keduanya secara terpisah (Shahih Muslim No. 3681)


Jadi bagaimana ya sekarang ni? 

Boleh je makanlah kismis, kurma, delima semuanya tak ada masalah. Makanlah untuk kesihatan tapi tak payah lah nak mendakwa ianya makanan sunnah takut tersalah pulak fahaman tu. Saya tidak bertujuan untuk memburuk-burukkan produk orang lain tetapi saya ingin mengajak semua orang untuk berfikir dan tidak memandang rendah kepada produk-produk lain hanya kerana kita memperjuangkan makanan sunnah. Semua orang ada pendapat masing-masing tetapi kita kenalah bersandarkan kepada ilmu yang sebenar. Wallahua'lam.



1 comment:

Copyright © 2014 Ummie's Diary