Friday 11 September 2015

Warung Nasi lemak Cik Chom paling hot di Batu Pahat

Dua tiga hari ni dah viral di facebook tentang Warung Nasi Lemak Cik Chom. Korang tau tak kat mana kedai nasi lemak Cik Chom ni? Restoran ni kat Batu Pahat, atau lebih tepat lagi dekat Taman Pura Kencana, Seri Gading, Batu Pahat, Johor.


Kalau dari tol Air Hitam tu, terus je menghala ke Bandar Batu Pahat. Bila dah nampak Balai Polis Seri Gading tu slow down la kereta. Kedai ni di tepi jalan besar je jadi tak susah nak cari (belah kanan jalan).

Apa yang bestnya kedai ni?

Secara amnya, seperti nama kedai ini Warung Nasi Lemak Cik Chom, ia hanyalah kedai yang menjual nasi lemak sebagai menu utama. Tapi nasi lemak yang dijual di sini lain dari yang lain kerana nasi lemak ni nasi lemak yang dah diberi nafas baru atau ditambah baikkan. Ada beberapa pilihan set nasi lemak di sini iaitu Nasi Lemak + Siakap, Nasi lemak + Sotong King, Nasi Lemak + Telur goreng, Nasi lemak + Ayam goreng dan yang terbaru Nasi lemak + Chicken Chop.  Yang uniknya selalu nasi lemak kita makan dengan timun tapi kat warung Cik Chom ni tak ada timun tapi digantikan dengan epal hijau. Unik kan?


 

Tengok berapa ramai yang datang ke kedai ni .




Sentiasa FULL HOUSE gitu.. yang nak take away, yang makan kat situ .. ramai betul. Murah betul rezeki Cik Chom ni. Rasanya kena consider untuk buka kedai yang lebih besar.  Kedainya dibuka pukul 4.30 petang hingga 10 malam.

So kalau korang teringin nak merasa nasi lemak Cik Chom, jemput lah datang ke Pura Kencana , Seri Gading. Tapi jangan ler datang lewat sangat. Kena bajet masa sebab biasanya memang kena beratur panjang. Pernah lebih 100 orang beratur pada satu satu masa .. so .. memang lama beratur dan kena banyak bersabar .. hehehe..

Jom pekena Nasi Lemak Cik Chom.


Gambar kredit to facebook Warung Nasi Lemak Cik Chom


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2014 Ummie's Diary