Saturday 4 July 2015

6 Tips dan cara yang selamat untuk menurunkan berat badan

Image result for dieting


Saiz berat badan mencerminkan taraf kesihatan seseorang. Siapa yang tak teringin badan langsing dan sihat? Rasanya semua orang idamkan  badan yang langsing macam model-model gitu .. kan. Tapi satu je masalahnya. Tak ramai orang yang sanggup berkorban untuk menahan nafsu makan. Betul tak? Nafsu makan ni bukannya seperti makan dengan banyak sampai tak cukup ruang dalam perut untuk diisi, tetapi nafsu makan ini juga merangkumi keinginan untuk makan makanan yang tidak berkhasiat, manis-manis dan berlemak walaupun sedikit. 

Menurunkan berat badan bukan lah sesuatu yang mustahil dilakukan kalau kena dengan caranya. Antara tips yang boleh diamalkan adalah seperti berikut. 


Tetapkan matlamat anda

Apa pun yang kita lakukan kena ada niat. Bila kita dah tetapkan matlamat, insyaAllah seluruh sistem badan kita akan berusaha bersama sama untuk mencapai matlamat itu. Oleh itu tetapkan matlamat anda dan kemudian usaha dengan sebenar benar usaha untuk mencapai matlamat tersebut. Contohnya cuba kurangkan 10 peratus berat badan anda dalam masa 6 bulan. Katakan berat badan anda sekarang 80kg, 10peratus dari 80kg ialah sebanyak 8kg perlu dikurangkan dalam masa 6 bulab, bersamaan 1.3kg sebulan. 

Untuk mengurangkan berat badan, pengurangan 500 kalori sehari (250kalori dari pemakanan dan 250 kalori dari peningkatan aktiviti fizikal harian) boleh mengurangkan berat badan anda dari 1/2kg hingga 1kg seminggu. 


Pilih makanan yang rendah kalori

Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi lemak seperti makanan bergoreng, bersantan dan makanan yang mengandungi lemak haiwan. Lebihkan pengambilan sayuran, ulaman (timun sangat baik untuk mengurangkan berat badan) dan buah buahan. Kurangkan minum air manis dan minumlah air kosong secukupya setiap hari (sekurang kurangnya 2.5 liter sehari).


Ubah Menu Harian

Rancang menu harian anda bersesuaian dengan rancangan pengurangan berat badan anda dengan mengurangkan jumlah pengambilan secara beransur ansur. Jangan pula biar perut anda kosong dengan berlapar. Ini adalah salah satu kesilapan ramai orang yang ingin menurunkan berat badan. Bila dah tak tahan, mereka selalunya akan makan lebih banyak dari yang sepatutnya. Ambil snek yang berkhasiat seperti biskut berfiber tinggi, dadih dan buah buahan.  


Rancang waktu yang teratur untuk makan

Makan mengikut waktu yang teratur dan tetap boleh membantu anda mengawal jumlah kalori yang di ambil setiap hari. Cadangannya ialah :

Sarapan                  6.00 pagi- 8.00 pagi
Minum pagi          10.00 pagi-10.30 pagi
Makan tengahari   12.00 tengahari - 1.30 petang
Minum petang       4.00 petang - 5.00 petang
Makan malam       6.30 petang - 8.00 malam
Minum malam      10.00 malam - 10.30 malam


Ambil sumber makanan yang boleh meningkatkan metabolisme badan

Pengambilan makanan yang pedas, tinggi kalsium dan vitamin C adalah salah satu cara untuk meningkatkan kadar metabolisma badan. Teh hijau juga amat baik untuk meningkatkan kadar metabolisme badan. 


Jangan Stress

Stress sebenarnya boleh menambah berat badan anda kerana ia meningkatkan jumlah kortisol iaitu hormon yang memberitahu badan supaya menyimpan lemak  sebagai persediaan untuk menghadapi situasi tekanan tinggi. So .. Dont Worry Be Happy!!



Semoga kita berjaya mencapai berat badan yang sihat!

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2014 Ummie's Diary