Sunday 10 April 2016

Petua untuk menghilangkan mabuk semasa hamil


Pengalaman mengandung memang menyeronokkan. Tapi selalunya 3 bulan pertama tu ada sedikit tak best bagi sesetengah orang sebab mabuk. Ada yang sampai tak larat bangun sebab tak tahan mabuk. Syukur lah saya tak pernah mengalami mabuk yang terlalu teruk semasa mengandungkan ketujuh-tujuh anak saya. Petua makan dengan kerap tapi sedikit memang banyak membantu untuk mengelakkan angin dan rasa mual tu. Biasanya bila masuk trimester kedua mabuk ni hilang dan selera makan pun akan kembali seperti sedia kala.



Bagaimana nak menghilangkan atau mengurangkan mabuk semasa hamil ni?


Tiada cara yang spesifik untuk menghilangkan mabuk semasa hamil ni sebenarnya .. so .. bertabahlah kerana insyaAllah besar ganjaran pahala ibu yang hamil ni. Tetapi boleh la cuba petua-petua ni. InsyaAllah mesti ada yang sesuai.

1. Makan sedikit tetapi kerap  supaya perut tidak kosong. Biasanya orang mengandung ni perut mudah masuk angin itu yang rasa nak muntah aje tu. So, makan laa sikit-sikit. Bawa biskut atau roti kalau travel. Ambil buah-buahan di antara waktu makan. 

2. Minum air secukupnya supaya badan tak kering dan lemah. Bila cukup air kita rasa segar dan bertenaga insyaAllah. Boleh ambil performance drink shaklee untuk membantu mengekalkan bendalir dalam badan sepanjang hari.

3. Hidu haruman yang segar seperti lemon, lavendar atau apa sahaja yang digemari sebab ibu mengandung ni deria bau dia jadi sensitif dan boleh rasa nak muntah kalau tercium bau yang tidak enak.

4. Ambil makanan yang tinggi protein supaya rasa kenyang lebih lama. Selain daripada kenyang lebih lama, protein juga membantu pembentukan sel-sel yang sihat untuk ibu dan anak. Boleh ambil ESP Shaklee untuk membantu.

5. Ambil makanan yang tinggi zat vitamin b6 yang boleh membantu mengatasi rasa loya dan muntah. Zat vitamin B6 terdapat dalam bcomplex shaklee.


Boleh cuba petua-petua ini. mudah mudahan dapat mengurangkan mabuk ketika hamil 


hubungi s saya untuk sebarang pertanyaan tentang produk shaklee

zaharah 
0196536303


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2014 Ummie's Diary