Saturday 12 March 2016

Panduan pilih vitamin : Berbeza ke beli vitamin dari farmasi dengan beli vitamin dari Shaklee

Kita ni perlu sangat ke makan vitamin/suplemen ya? Ramai je yang cakap "aku tak makan vitamin pun sihat je".. kalau sihat alhamdulillah. Cuma pastikah kita akan sihat selamanya? Tak kan .. sebab tu laa kita perlu berusaha mendapatkan 'perisai' dan 'insurans' supaya mudah mudahan kita terus kekal sihat sampai ke tua dengan izin Allah jua. Boleh rujuk entri saya tentang perlu ke ambil vitamin di sini. 
Ada banyak pilihan vitamin suplemen di pasaran sekarang ni. Ada dijual di farmasi, ada juga yang dlabelkan makanan sunnah .. macam-macam lah kan. Ada yang murah, ada yang mahal. So .. mana satu nak di pilih? Kalau saya cadangkan Shaklee nanti kata saya ni fikir nak bisnes aje pulak. Tapi ... meh ler kita dengar pendapat dari Professor Dr, Steve Chaney dari University of North Carolina Medical School

Dr . Steve Chaney

Professor of Nutrition, Biochemistry & Biophysiology
University of North Carolina Medical School


Apa kata Profesor ni tentang vitamin?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“One of the biggest mistakes people make is taking inexpensive vitamins.
NEVER buy these vitamins or supermarket/pharmacy brands without checking them out first. Cut-rate products often contain additives, food allergens, sugar, artificial food coloring and flavoring.
Many are coated with shellac or contain potentially hazardous chemicals like chlorine.
SHAKLEE performs up to 176 separate tests for purity, freshness, potency, and safety on the raw ingredients for a single product.
Products undergo as many as 262 separate quality assurance tests throughout the manufacturing process as well. In addition, all product label claims have documented substantiation.”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Atau dalam bahasa Melayu nya, Professor Steve Chaney berkata kesilapan utama kebanyakan orang ialah mengambil vitamin yang murah. Beliau menasihatkan supaya kita jangan mencari vitamin yang murah sebelum mengenalpasti kandungannya kerana kebanyakan vitamin yang dijual pada harga yang murah mengandungi bahan-bahan tambahan seperti gula, pewarna, perisa tiruan dan alergen makanan. Vitamin-vitamin ini disaluti oleh 'syelek' atau bahan kimia seperti klorin yang sudah tentu boleh mendatangkan bahaya. 

Berbeza dengan vitamin Shaklee, di mana Shaklee menjalankan 176 ujian berasingan untuk menjaga kesucian, kesegaran, potensi dan keselamatan setiap bahan mentah untuk setiap produknya. Setiap produk pula akan menjalani 262 ujian jaminan termasuk semasa proses pembuatan. Setiap Produk mempunyai bukti bertulis pada labelnya.

Oleh itu agak-agak korang .. produk mana yang lebih mudah dipercayai? Sebab itu lah Shaklee tidak perlu melantik duta yang lawa-lawa, putih melepak, yang hensem dan gagah perkasa untuk menjual produknya. Shaklee juga tidak menjual produk berdasarkan testimoni pelanggan semata-mata, tetapi pelanggan Shaklee yang seronok menceritakan kesan positif yang mereka rasai selepas mengambil Shaklee secara konsisten (bukan sebulan je makan lepas tu kata tak berkesan).

Pilihan di tangan masing-masing. Semoga kita semua dirahmati Allah dan berbahagia di dunia dan akhirat. InsyaAllah.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2014 Ummie's Diary