Wednesday 2 September 2015

5 punca kenapa bayi baru lahir asyik menangis

baby cry

Teringat saya semasa Ibrahim baru dilahirkan tahun lepas. Alhamdulillah Ibrahim tido lena sahaja sepanjang 3 hari saya di dalam wad kerana saya melahirkan Ibrahim dengan kaedah ceasarian. Memang payah nak bergerak dengan bekas pembedahan tu. Tapi syukur Ibrahim tak banyak ragam. Bangun menyusu dan terus tidur semula. Pada masa tu saya sangat kasihan dengan seorang ibu di dalam wad yang sama kerana bayinya menangis sepanjang malam dan hanya berhenti menangis jika ibunya menyusukannya. Tentu dia rasa penat sangat dan stress sebab suara bayinya mengganggu orang lain yang nak tidur (walaupun rasanya semua orang faham keadaan dia .. takkan nak marah .. betul tak). 

Biasanya bila keadaan begini berlaku, cuma satu je terlintas di fikiran kita, bayi tu lapar dan mahukan susu. Dan kita pun mula lah rasa susah hati sebab rasa susu ibu tak ada atau tak cukup. Mulalah kita fikir nak cari susu formula. Dan lebih parah ada juga yang cadangkan bancuh nestum cair-cair bagi kat bayi baru lahir supaya kenyang dan boleh tidur. Tolong JANGAN buat begitu ya! Kesian kat baby. Perutnya masih kecil dan lemah. Dia tak perlukan susu formula atau nestum tetapi cukup hanya beri susu ibu. 

Copyright Babies First Lactation and Education

 Lihat gambar di atas. Ini lah volume susu ibu yang diperlukan oleh bayi. Teruskan beri susu ibu kepada bayi anda insyaAllah ianya mencukupi.


Tapi kenapa bayi asyik menangis je walaupun dah beri susu yang mencukupi? Meh tengok faktor-faktor kenapa bayi anda menangis.

1) Bayi mungkin mengalami kolik

Kolik atau kembung perut memang biasa dialami oleh bayi. Teringat saya masa anak pertama saya dulu menangis sekuat hati pada waktu malam. Beri susu sudah. Dokong sudah. Pampers semua kering. Memang buntu tak tau apa nak buat masa tu. Saya cuba sapu minyak telon di seluruh perut, pinggang, betis dan tapak kaki bayi saya. Sejurus selepas itu dia sendawa dengan kuat dan terus tertidur. Rupanya angin kolik tu yang membuatkan dia tak selesa. Bila angin dah keluar baru lah dia lega. Jadi ibu-ibu boleh la cuba sapukan minyak angin yang khas untuk bayi (jangan pi sapu minyak panas untuk orang dewasa pulak. Kesian kulit bayi yang halus mulus tu). InsyaAllah masalah kolik tu akan hilang. Sapu juga minyak tersebut setiap pagi, petang dan malam dan setiap kali tukar lampin. InsyaAllah kolik dapat dihindarkan.


2) Bayi tak selesa sebab lampin basah

Bayi yang baru lahir memang kerap buang air besar dan kencing. Ini cara mereka mengeluarkan bilirubin yang terdapat dalam darah mereka. Jadi selalu selalu lah periksa lampin bayi anda sebab ada bayi yang sangat sensitif tak suka busyuk2 nih. Bila rasa tak selesa sikit je mula lah meragam.


3) Tangan tak selesa sebab asyik bergerak

Bayi ni kan masa dalam perut mummy nya ruangnya terhad jadi bila dah keluar dari perut mummy tangannya macam terkapai-kapai terlalu bebas. Oleh itu cuba bedung bayi anda. Biar dia rasa mcm dalam pelukan aje gitu. Tapi ada juga bayi yang tak suka di bedung tau. Ibu kenalah tengok sendiri karakter bayi anda. Anak-anak saya semuanya tak suka dibedung. Bila dilepaskan tangannya baru lena tidur. Terbalik pulak hahaha. 


4) Bayi letih dan mahu didodoikan

Haa ... yang ni selalunya orang cakap jangan biasakan atau manjakan bayi tu nanti dia asyik nak dipeluk aja. Ya Allah. Kesian kat bayi tu tau. Dah nama pun bayi memang lah sifatnya manja dan hendak dimanjakan. Selalunya bayi meragam bila nak tidur ni sebab dia rindukan suasana dalam perut ibunya. Kan dia selalu dengar suara ibu semasa di dalam perut ibu? Jadi peluk lah dia, dodoikan lah dia .. biar dia rasa disayangi sebab kita memang sayang bayi kita kan? Bayi ni cepat sangat membesar. Hargai lah setiap detik dan saat semasa mereka masih bayi ni. Aduss .. rindu pulak time anak-anak masih bayi dulu.. huhu.. 


5) Ada gangguan makhluk halus

Erk .. hehehehe .. memang macam tak logik tapi tak mustahil tau berlaku sebegini. Seeloknya kita sering membaca doa, zikir dan memperdengarkan bacaan al-Quran kepada bayi kita insyaAllah syaitan dapat dijauhi. 


Itu lah dia sedikit sebanyak info kenapa bayi anda menangis tak henti-henti. Semoga kita semua berjaya menjadi ibu dan ayah yang terbaik untuk anak-anak kita, insyaAllah.


Ada pertanyaan? Hubungi saya ya.

Zaharah
sms/wassap 019-6536303
facebook.com/zara77





0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2014 Ummie's Diary