Sunday 16 August 2015

Panduan untuk ibu bekerja yang ingin menjayakan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun


Zaman sekarang ni kebanyakkannya wanita perlu bekerja untuk menampung kos hidup. Tapi ibu bekerja bukan lah alasan untuk tidak memberikan susu ibu kepada anak-anak kerana susu ibu adalah hak anak-anak kita.

Ramai juga memberikan alasan susu badan tak banyak, tak cukup untuk menampung keperluan anak. Jangan cepat mengalah ya. Ramai sebenarnya ibu-ibu yang berjaya memberikan susu ibu sepenuhnya kepada anak mereka sehingga 2 tahun lebih walaupun bekerja tanpa perlu di campur dengan susu formula. Apa rahsia mereka? Hari ini saya ingin memberikan beberapa panduan untuk ibu bekerja yang ingin memberikan susu ibu sepenuhnya kepada anak-anak, insyaAllah sehingga umur anak 2 tahun.

Mula menyimpan stok susu perahan selewatnya 2 minggu sebelum mula bekerja

Ibu-ibu perlu berlatih mengepam dan menyimpan stok susu perahan selewat-lewatnya dua minggu sebelum mula bekerja. Ini adalah kerana ibu perlu membiasakan badan dengan rutin memerah susu dan dapat menyediakan stok susu yang mencukupi untuk minggu pertama mula bekerja. Jika stok sudah tersedia ibu-ibu boleh pergi bekerja dengan tenang dan emosi pun terkawal. Bila emosi terkawal, ibu-ibu tak stress, penghasilan susu pun akan banyak sebab stress boleh menganggu penghasilan susu.

gambar kredit blog mamaizzhaq.com

Rancang jadual masa dan tempat yang selesa untuk mengepam susu di pejabat

Ibu-ibu perlu mengepam susu selewat-lewatnya 4 jam sekali. Jangan lewat ya. Rutin ini perlu diteruskan setiap hari oleh itu rancanglah masa dan tempat yang selesa untuk mengepam susu sewaktu bekerja. Kenapa langkah ini penting? Kerana kita mengaplikasikan konsep 'demand and supply' . Bila ada permintaan barulah susu akan dihasilkan. Ibu-ibu dinasihatkan untuk bersungguh-sungguh mengepam susu tepat pada masanya untuk memastikan keberlangsungan penghasilan susu ibu yang mencukupi. Bila ibu skip satu sesi mengepam memang akan menjejaskan penghasilan susu berikutnya. 

Sentiasa berfikiran positif dan yakin dengan rezeki yang Allah beri

Memang adakalanya penghasilan susu ibu ada masa menurun dan ada masa meningkat, tapi ibu usah risau. Ini berlaku kerana faktor pemakanan dan stress. INGAT! Stress atau kerisauan akan hanya menjadikan keadaan bertambah buruk. Yakin dengan rezeki yang Allah dah tentukan untuk anak kita dan teruskan sesi mengepam seperti biasa. 


Keluarkan sedikit modal untuk alatan penyimpanan susu

Ibu-ibu jangan takut untuk melabur sedikit duit untuk membeli pump yang sesuai dan memudahkan proses mengepam susu mengikut kesesuaian diri sendiri. Beli juga botol, pek ais, cooler bag dan sebagainya yang ibu fikir diperlukan untuk menyimpan susu yang telah diperah. 

Dapatkan ilmu penyusuan yang mencukupi 

Ibu-ibu perlu mengetahui cara penyimpanan stok susu, jangka hayat susu dan boleh juga mengajarkan kepada pengasuh anak tentang cara pengendalian susu ibu. Ibu-ibu juga perlu mempelajari teknik power pumping dan boleh juga mendapatkan ilmu tentang pemakanan yang meningkatkan atau mengurangkan penghasilan susu ibu.

Makan makanan yang seimbang dan menyihatkan 

Bila badan kita sihat insyaAllah penghasilan susu juga akan berjalan lancar. Makanan tambahan juga boleh membantu untuk memastikan ibu berada dalam keadaan sihat dan dapat menghasilkan susu yang cukup semua zat dan mineral yang diperlukan oleh bayi. Tapi jangan pula makan berlebihan nanti berat badan naik pula. 


Di harap perkongsian ringkas ini dapat memberikan sedikit idea buat ibu-ibu yang bekerja untuk memberikan susu yang terbaik buat anak tersayang. Semoga ibu-ibu semua berjaya dan semuanya berjalan lancar.


Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di talian seperti di bawah

Zara
sms/whatsapp 019-6536303


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2014 Ummie's Diary