Thursday 13 August 2015

8 Jenis makanan yang perlu dielakkan oleh penghidap gout

Gout merupakan penyakit radang sendi yang amat menyakitkan berpunca daripada pembentukan kristal asid urik yang tajam seperti jarum. Sasaran lazim gout adalah ibu jari kaki, lutut dan tangan. Kesan serangan boleh terjadi beberapa hari atau bulan. Lelaki dan individu obes merupakan golongan yang berisiko tinggi untuk menghidap gout.

Terdapat beberapa pantang larang membabitkan makanan yang perlu dipatuhi bagi mengelakkan keradangan sendi ini. Antaranya ialah:-

Kekapis
Image result for kekapis
Kurangkan pengambilan makanan laut dan daging sewaktu mengalami serangan. Cukup antara 4-6auns sehari kerana sumber makanan ini kaya dengan purine yang akan diuraikan menjadi asid urik.


Ayam Belanda

Ayam belanda dan angsa mengandungi purine yang tinggi berbanding makanan lain. Ayam dan itik merupakan pilihan yang paling selamat. Namun begitu daging di bahagian kaki lebih baik berbanding dada dan kulit.


Hati
Image result for hati
Organ dalaman seperti hati, buah pinggang dam pankreas patut dielakkan sama sekali bukan sahaja kepada pengidap gout tetapi semua orang yang pentingkan kesihatan.



Herring

Image result for herring

Sekiranya ada makanan yang boleh di ambil sekali sekala, anda seharusnya mengelakkan sama sekali ikan herring. Begitu juga dengan ikan tuna dan ikan bilis. Sebaliknya udang, udang kara, belut dan ketam agak selamat untuk diambil.


Minuman manis

Elakkan minuman manis dengan sirap jagung yang kaya dengan fruktosa seperti soda atau minuman buah-buahan. Ini kerana pemanis merangsang tubuh menghasilkan lebih banyak asid urik.


Daging Merah

Image result for daging merah

Tidak semua daging mengandungi kandungan purine yang sama. Sebagaimana diketahui daging putih lebih baik berbanding daging merah. Tetapi bukan lah sehingga tak boleh makan langsung. Makan lah sekali sekala. Jika ingin makan, pilihlah daging lembu berbanding daging ayam belanda atau kambing.


Asparagus
Image result for asparagus
Asparagus, bunga kobis, bayam dan cendawan kaya dengan purine berbanding lain-lain jenis sayuran. Tetapi jika menggemarinya, anda tidak perlu terlalu berpantang kerana ia tidak terlalu serius berbanding daging merah.



Kalau begitu, Apa yang boleh dimakan?

Terdapat beberapa jenis makanan yang boleh membantu melindungi anda daripada gout. Antaranya ialah produk tenusu, karbohidrat kompleks, kopi dan buah-buahan terutama buah sitrus. Anda juga perlu minum antara 12-16 cawan air sehari untuk melarutkan asid urik yang terkumpul dan mengeluarkannya melalui perkumuhan. Jus buah tanpa gula, teh dan kopi juga boleh diminum. Apa sahaja minuman yang menggalakkan anda membuang air kecil adalah baik.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2014 Ummie's Diary