Thursday 13 August 2015

Pentingnya susu ibu seperti dalam Al-Quran

Kisah Penyusuan Ibu Dalam Surah Toha

Sebelum Nabi Musa lahir, Firaun mendapat alamat bahawa akan lahir seorang pemuda yang bakal menentangnya. Maka Firaun pun mengarahkan semua bayi lelaki yang dilahirkan di Bumi Mesir agar dibunuh.
Ketika Nabi Musa dilahirkan, ibunya menyorokkannya, masukkan ke dalam sebuah peti dan dihanyutkan ke Sungai Nil. Bayangkan luluhnya hati ibu, hanya sempat susukan anaknya sekejap saja kemudian terpaksa relakan perpisahan.
Ibu Nabi Musa menyuruh kakaknya untuk mengikut ke mana peti itu pergi.
Peti yang berisi Nabi Musa telah sampai ke tempat isteri Firaun, Asiah yang mandi di tepi Sungai Nil. Dengan perlindungan Allah kepada Nabi Musa, Asiah jatuh kasih padanya, dan memujuk suaminya agak mengambil bayi itu sebagai anak angkat.
Firaun ni walaupun zalim tapi sangat sayang pada isterinya. Akhirnya Nabi Musa dibawa ke istana.
Bila dah ada baby ni kena la bagi makan kan? Tidak pula mereka beri makan kurma ke pisang ke atau susu kambing atau unta. Sebaliknya dicarikan ibu susuan untuk anak tu.
Satu demi satu wanita menyusu dipanggil untuk menyusukan Nabi Musa. Tapi tiada seorang pun yang berjaya menyusukannya. Semuanya ditolak oleh Nabi Musa. Susah hati ibu bapa angkat ni bila si bayi dah nampak macam dehydrate tak nak minum susu.
Akhirnya datanglah seorang wanita. Wajahnya lembut. Matanya berkaca. Bila saja wanita itu mengambilnya, Nabi Musa terus diam dan menghisap susu sehingga kenyang.

Wanita itu adalah ibunya sendiri.

فَرَجَعْنَاكَ إِلَىٰ أُمِّكَ كَيْ تَقَرَّ عَيْنُهَا وَلَا تَحْزَنَ
Maka dengan jalan itu Kami mengembalikanmu kepada ibumu supaya tenang hatinya dan supaya ia tidak berdukacita
[Toha:40]

Bila ibunya berjaya menyusukan Nabi Musa, dia minta izin untuk bawa Nabi Musa pulang untuk disusukan. Sebab rumah dia jauh. Firaun setuju dan berikan sejumlah duit upah kepada ibu Nabi Musa (dia taktau pun tu ibu Baginda sendiri).
Begitulah secebis kisah dalam al-Quran tentang penyusuan susu ibu.
Firaun kaya dan ada macam2, mungkin bab nak beri susu dia tak payah susah2. Macam2 binatang ternakan boleh diperah dan diberi minum.
Tapi mereka tetap juga nak beri susu ibu kepada sang bayi.
Dan hikmah Allah nak cerita tentang hubungan ibu dan anak, walau berpisah sejauh mana pun anak tetap kenal ibunya.
Mudah-mudahan menjadi motivasi ibu2 untuk menyediakan diri memberikan yg terbaik untuk anak2 kita - susu ibu.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2014 Ummie's Diary