Showing posts with label selsema. Show all posts
Showing posts with label selsema. Show all posts

Sunday, 25 September 2016

Cara terbaik beri anak kecil makan ubat semasa sakit

Image result for i hate medicine

Adui .. siksanya nak beri anak makan ubat masa dia sakit. Tak beri ubat nanti takut sakitnya semakin teruk. Serba salah dibuatnya. Kalau anak korang senang dan suka makan ubat memang sangat-sangat beruntung lah! Anak-anak saya memang payah makan ubat. Setiap kali nak bagi ubat suasana jadi macam 'perang  besar'. Kesian juga pada anak dah la sakit, stress pula bila kita paksa dia makan ubat sampai hilang suara menangis. Tapi kalau menangis, ubat ditelan ok lagi... ini .. menangis satu hal, stress satu hal .. ubatnya diludah keluar saja tak masuk pun dalam tekak .. huhu .. tak berbaloi 'berperang'. Ada sesiapa alami situasi yang sama dengan saya?

Antara petua untuk memberi anak yang tidak suka makan ubat ni ialah

1. Beri anak syringe yang telah di isi ubat dan suruh dia picit sendiri ke dalam mulutnya. Kadang-kadang budak ni lebih berani nak buat sendiri. Dia sebenarnya takut bila ibunya atau bapanya nak letak sesuatu yang dia tak tau rasanya ke dalam mulutnya. Lepas tu ibu dan ayah marah-marah suruh cepat. Lagi la dia takut. So.. bila dia picit sendiri dia akan lebih tenang.

2. Sediakan air masak dan air yang berperisa untuk menghilangkan rasa ubat tu. Bagi coklat pun boleh.

atau ...

3.  Cara yang agak 'keras' .. Bedung anak supaya tangan dan kaki tak bergerak. Biar menangis. Picit ubat ke dalam anak tekak. JANGAN KENA LIDAH. Ubat akan terus masuk ke dalam tekak dan anak tidak dapat keluarkan.


tetapi ........


Kesian kan anak kita. Rasa macam kita ni jahat sangat kalau paksa teruk-teruk kan sampai menangis. SO.... cadangan saya ... KUATKAN SISTEM IMUN ANAK. Bila badan dia kuat ... kalau demam, selsema, batuk sikit-sikit tu .. insyaAllah cepat je baik. Sakit ni sebenarnya bagus. Sebab bila sakit kita tau badan kita berfungsi untuk melawan anasir-anasir yang tidak baik tu. Usaha mencegah daripada mengubati. InsyaAllah kesihatan anak lebih baik. Tak payah nak berperang beri ubat.






Wednesday, 18 May 2016

Cara terbaik merawat bayi umur setahun ke bawah yang selsema dan batuk berkahak


Susah hati bila bayi anda merengek sebab susah nak bernafas kerana batuk dan selsema? Kesian baby kan .. mesti tak selesa. Nak minum susu pun susah bila hidung tersumbat.  Mama pun tak lena tidur bila baby meragam. Nak makan ubat selalu sangat pun tak elok juga kan.

Banyak sebenarnya petua-petua dan cara nak menghilangkan selsema dan batuk berkahak bayi ni. Tapi sejauh mana keberkesanannya?

Ada yang kata gunakan wap dan tepuk di bahagian belakang badan bayi. Namanya tepuk percussion. Memang diakui cara ini boleh melegakan batuk berkahak dan selsema bayi tetapi tak semua orang boleh melakukannya dengan betul. Nak tepuk bukan boleh sebarang tepuk. Ada caranya. Karang lain pulak jadinya.

Ada juga petua mandikan bayi dengan air suam yang diletakkan hirisan lemon. Ramai juga yang dah cuba dan memang berhasil juga kata mereka. Tapi tak semua orang dengan mudah dapat beli buah lemon lebih-lebih lagi kawasan yang jauh dari bandar. Tambahan lagi tak semua bayi boleh lega dengan cara ini. Kalau hidung bayi tersumbat tengah-tengah malam pun nak mandikan juga begitu ke?

Akhir sekali yang saya pernah dengar, buat minyak bawang putih. Caranya tak ingat tapi boleh google je kalau nak cuba. Ada juga yang letak bawang putih di tapak kaki bayi dan pakaikan stokin di atasnya. Tapi yang tak bestnya saya sudah beberapa kali dengar kulit kaki bayi melepuh sebab alergik dengan bawang putih. Kesian bayi .. dah ler selsema .. tapak kaki pulak luka pedih.

So .. apa sebenarnya cara yang lebih mudah dan berkesan?

Pertama sekali, saya cadangkan, kuatkan antibodi anak. Kalau  ibu menyusukan bayi, pastikan ibu makan makanan yang berkhasiat atau suplemen yang boleh menghasilkan susu yang berkualiti. Bila antibodi kuat, kalau batuk atau selsema pun cepat baik insyaAllah.

Kedua, saya cadangkan guna Balm Bayi Najlaa Skincare. Balm ni sangat natural dan selamat untuk kegunaan bayi dan orang dewasa juga. Dirumus menggunakan minyak kelapa dara, habbastussawda dan extrak herba yang bermutu tinggi. Senang sangat ada balm ni mana-mana pergi pun boleh bawa. Nak balik kampung ke, holiday ke .. bawa je dalam beg. Bila nak guna senang tak payah nak cari petua-petua lain tu.





Dah ramai yang cuba dan sangat berpuas hati dengan Balm ni. Setiap hari beratus-ratus balm ini terjual .. serius.. sangat laku keras! Berikut adalah testimoni pelanggan yang sangat berpuas hati dengan balm najlaa.










Banyak sangat testimoni. Kalau nak tengok lagi boleh pergi ke www.facebook.com/mamasayangadik

Nak cuba Balm Baby Najlaa??

Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Saya jamin, insyaAllah, tak rugi membeli.


Hubungi saya 0196536303 sekarang







Copyright © 2014 Ummie's Diary