Thursday, 17 August 2017

Produk Trending Masa Kini - Najlaa Baby Skincare

Image may contain: mountain and outdoor

Tak kenal maka tak #cinta. Dah kenal pasti cari lagi... Confirm ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘
Mempunyai beribu #RIBU Testimoni yang sangat mengujakan. Sesiapa sahaja boleh menggunakannya, dari bayi hingga nenek bongkok 3

NAJLAA' BABY SKINCARE 
------------------------------------------
Satu-satunya set penjagaan bayi berasaskan minyak kelapa dara dan ektrak tumbuhan semula jadi yang menjadikan kulit bayi sihat, halus mulus, tanpa ruam dan alahan. Kesannya boleh dilihat seawal 1 minggu.

------------------------------------------
KEISTIMEWAAN
------------------------------------------

 Keluaran bumiputera muslim. Halal.
 100% dari bahan semula jadi.
 Tiada bahan kimia terlarang.
 Sesuai untuk semua jenis kulit & terutamanya bayi sensitif
Boleh beli satu sahaja samada Herbal Cream, BaBy balm, Baby Oil, Minyak Angin Bayi atau Nourishing Lotion, atau pun 1 set lengkap.
Najlaa' BaBy Skincare selamat dan amat sesuai untuk semua jenis kulit bayi terutamanya kulit bayi sensitif, eczema dan allergy. Najlaa' BaBy skincare membantu bayi anda:
---------------------------------------------
RAWATAN & PENCEGAHAN
---------------------------------------------
1) HERBAL CREAM:
- Mencegah Nappy Rash,
- Merawat ruam-ruam, gatal-gatal dan ekzema
- Gigitan Serangga

2)ESSENTIAL OIL:
- Kulit dan rambut yang sihat bersinar
- Rambut bayi lebat

3) BABY BALM:
- Perut masuk angin
- Hidung Berair dan Selsema
- Batuk berkahak
- Pening dll

4) NOURISHING BABY LOTION
- Soft dan Silky Touch kepada kulit
- Melembabkan kulit bayi

5) HERBAL OIL
- Perlindungan kepada bayi dari TANGISAN BERPANJANGAN
- Kembong
- Sengal sengal badan

6) SAKURA SOAP
-Hypoallergenic
-Diperbuat dari herba,Glycerine, Vit A dan E

7) SERUM
- Penjagaan kulit berkelembapan tinggi, dirumus khas drp tumbuhan dan mineral semulajadi.

Monday, 22 May 2017

Tips atasi demam anak yang berpanjangan dan cara penggunaan Herbal Oil Najlaa untuk demam

Image result for demam






Bila anak demam, susah sangat hati kan.  Dah habis makan ubat pun masih tak kebah-kebah juga demamnya .. aduhh .. bertambah-tambah susah hati kita kan. Lebih-lebih lagi susah hati kalau anak memang tak mau makan ubat. Rasa macam hopeless, buntu. So .. apa perlu buat kalau anak demam berpanjangan?

Pertama sekali, dapatkan konsultasi doktor. Ini sangat penting supaya dapat elakkan komplikasi yang lebih buruk maklumlah sekarang ni macam-macam penyakit keluar. Orang kata better be save .. pastikan dulu tak ada apa apa yang serius.

Kedua, tingkatkan antibodi anak dengan memberi vitamin-vitamin yang sesuai contohnya vitamin C, multivitamin ataupun nutriferon shaklee. Demam ni proses natural badan yang sedang berlawan dengan virus yang menyerang itu sebablah badan jadi panas sebab aktiviti sel dalam badan meningkat. Bila antibodi badan lemah, memang susah la nak lawan virus-virus tu.

Ketiga, boleh guna herbal oil najlaa untuk bantu kawal dan turunkan suhu badan anak. Herbal Oil Najlaa mengandungi pelbagai herba istimewa yang bertindak untuk mengurangkan suhu badan dan juga telah di bacakan selawat syifaa' dan ayat Al-Quran. Suhu badan yang terlalu panas memang mengundang bahaya oleh itu sangat sangat perlu untuk kita mengawal suhu supaya tidak terlalu panas. Cara penggunaan herbal oil semasa demam ialah

~ menyapu herbal oil ke seluruh badan, pelipat dan tapak kaki anak
~ mandi atau berendam dengan air suam yang dititiskan dengan herbal oil
~ letak air dan beberapa titis herbal oil ke dalam botol spray dan spray sekerap mungkin kepada badan anak yang demam.

Paling paling utama ialah kita perlulah bertawakkal kepada Allah kerana yang menyembuhkan hanyalah Allah. Mudah mudahan demam anak cepat kebah dan sihat seperti biasa. InsyaAllah.


Image may contain: text


wassap 0196536303 untuk info

Friday, 30 December 2016

Legakan batuk, asthma dan resdung dengan balm najlaa

Balm Najlaa Skincare menjadi fenomena sekarang ni. Ramai yang dah guna dan serasi. Alhamdulillah lega batuk dan selsema dengan segera.



No automatic alt text available.


*Cara penggunaan Baby balm*
Sapukan SEDIKIT pada dada depan..
( Bahagian paru paru )
Belakang badan
Betis
Tengkuk
*sehari 2x selepas mandi*
Jika baby selsema
( sapukan sedikit di btg Hidung )
Batuk & berkahak sapukan SEDIKIT dan KERAP..
( Ulang ulang )
~ tindak balas
๐Ÿ’Muntah kahak & lendir
๐Ÿ’ keluar melalui najis
๐Ÿ’ hingus meleleh keluar
๐Ÿ’ batuk cepat reda

Monday, 26 December 2016

Handsocks Donna Crystal berkualiti dari Mesir

Image may contain: people standing

Kenapa perlu pilih handsocks Donna Crystal dari Mesir?

  1. Diperbuat daripada kain yang sangat berkualiti. (95% polyester + 5%lycra)
  2. Pergelangan tangan yang cantik, kemas dan tidak longgar.
  3. Kainnya tidak mudah berbulu.
  4. Boleh dibasuh menggunakan mesin basuh.
  5. Panjang Handsock Mesir dari pergelangan tangan hingga ke siku.
  6. Pelbagai pilihan warna yang menarik.
  7. Harga berpatutan dan mampu milik.
Harga handsocks Donna Crystal ni hanya rm6 sepasang. Beli borong (share dengan kawan-kawan) untuk dapatkan harga lebih murah. 


Like page kami fb.me/MukmienahShop untuk pilihan warna dan tawaran menarik.

atau 

Whatsapp 0196536303 untuk maklumat lanjut.

Stokin Silvy Opaque Dari Mesir

Image may contain: one or more people, shoes and text

Assalamualaikum.

Korang!!! 

Kami nak share satu berita best ni. Korang yang suka pakai stokin (eh .. tak boleh suka suka je tau.. stokin ni di kira wajib pakai tau sebab kaki orang perempuan pun aurat).. selalunya stokin korang pakai mesti mudah carik, koyak, kembang kan .. haaa.. kami dah jumpa stokin yang memang best kainnya.. tebal, tak mudah koyak, tahan lasak dan mesra solat. Dalam banyak-banyak stokin muslimah dari mesir yang kami dah pakai, STOKIN SILVY OPAQUE ni yang paling best. Serius. Memang puas hati.



ramai kot dah guna stokin ni. Percaya tak percaya sejak kami buka order sebulan yang lalu, dah lebih EMPAT RIBU pasang terjual .. semua orang pakat borong stokin ni sebab memang susah nak cari. Ni direct terbang dari mesir tau. 

Sooo .. kalau korang nak cari stokin muslimah yang best, tahan lasak dan berbaloi untuk duit ... beli laa stokin silvy opaque ni. 

Like page kami fb.me/MukmienahShop untuk tawaran menarik dari masa ke semasa.

Atau boleh call/whatsapp 019-6536303 untuk info segera.

Jom tutup aurat dengan sempurna.


Image may contain: text

No automatic alt text available.
Pilihan warna yang sesuai untuk semua 



Jangan lupa ya like page kami fb.me/MukmienahShop

atau

whatsapp 019-6536303



Wednesday, 16 November 2016

Cadangan Set untuk berpantang paling bajet masakini

Image result for ibu dalam pantang

Penjagaan dalam pantang memang sangat penting untuk memastikan tubuh badan ibu kembali normal setelah mengalami perubahan yang amat besar sepanjang tempoh kehamilan. Kalau tak jaga betul-betul nanti badan jadi tak sihat dan tak mustahil boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan di masa akan datang.

Selain daripada perlu makan jamu atau suplemen supaya dalaman ibu sihat, penjagaan dari luaran juga sangat penting. Kena berurut, bertungku, berbengkung, pakai param pilis dan lain-lain lagi. Tujuannya supaya darah berjalan lancar, badan tak masuk angin dan bentuk badan kembali ke asal. Tapi realitinya berapa ramai yang mampu nak menjalani 'regim' berpantang tu 100% sempurna? Semuanya omputih kata 'costly'. Memang la best kalau dapat dilayan bak puteri selepas bersalin.. tapi kebanyakan kita sekarang  ni memang tak mampu. Bukan dari sudut kewangan sahaja, tetapi juga kekangan masa, tinggal jauh dari ibu/ibu  mertua, ada tanggungjawab lain yang perlu didahulukan dll. Tetapi ini tidak bermakna kita tak perlu menjaga diri kita. Jangan jadikan alasan. Badan kita .. kita kena jaga sendiri. Kalau kita sakit, kita yang tanggung sendiri.

Nak pilih set untuk penjagaan dalam pantang pun pening kepala sebenarnya. Macam-macam jenama ada kat Malaysia ni. Nona Roguy, Tanamera, Leesa Formula dan macam-macam lagi lah nama yang saya dah tak ingat. Kebanyakannya kena beli dalam set set. Ada juga yang jual loose tapi tu la tak tau mana nak pilih. Harga pun boleh tahan. Kalau memang betul pakai sampai habis tak pe .. berbaloi la kot beli mahal-mahal. Tapi kalau korang ni macam saya .. berpantang sendiri, kekadang rajin kekadang kurang rajin .. haa .. saya nak tunjukkan satu produk yang lebih berbaloi dan lebih selamat dan berkesan pada saya lah.

Saya cadangkan guna balm dan herbal oil Najlaa Skincare


Balm Najlaa


herbal oil Najlaa

Gunakan balm najla sebagai ganti param dan pilis. Balm Najlaa berfungsi mengeluarkan angin dan melancarkan peredaran darah.  Nak rasa segar badan? Sapu balm najlaa di tapak kaki dan pakai stokin sebelum tidur pada waktu malam. InsyaAllah bangun pagi rasa badan segar je. Boleh juga guna balm najlaa sebagai 'krim' pelangsing. Sapukan di bahagian pinggang dan perut sebelum pakai bengkung. InsyaAllah korang akan nampak hasilnya. Yang penting KONSISTEN.

Herbal oil pula boleh digunakan sebagai urutan badan. Mana-mana yang lenguh tu sapu je herbal oil. Kalau kena bengkak susu pun boleh sapu herbal oil ni insyaALlah lega.

Yang bestnya balm dan herbal oil najlaa ni bukan hanya sesuai untuk ibu dalam pantang tetapi juga amat bermanfaat untuk kegunaan bayi dan seisi keluarga. Balm boleh melegakan batuk dan selsema, mengurangkan bengkak benjol, resdung dan lain-lain manakala herbal oil juga boleh digunakan sebagai ganti minyak telon. Istimewanya herbal oil ialah ia telah dibacakan ayat-ayat ruqyah jadi memang boleh juga mengelakkan daripada gangguan.

Harga kedua-dua item tu??? Sangat-sangat mampu milik. Memang tak rugi lah! Balm hanya rm22 dan herbal oil rm15 je.

So kalau korang nak cari set untuk dalam pantang yang mampu milik harganya dan memang confirm tak membazir sebab boleh guna seisi keluarga ... gunalah produk Najlaa Skincare.

Wassap saya untuk pertanyaan lanjut

Zara
0196536303


Sunday, 25 September 2016

Cara terbaik beri anak kecil makan ubat semasa sakit

Image result for i hate medicine

Adui .. siksanya nak beri anak makan ubat masa dia sakit. Tak beri ubat nanti takut sakitnya semakin teruk. Serba salah dibuatnya. Kalau anak korang senang dan suka makan ubat memang sangat-sangat beruntung lah! Anak-anak saya memang payah makan ubat. Setiap kali nak bagi ubat suasana jadi macam 'perang  besar'. Kesian juga pada anak dah la sakit, stress pula bila kita paksa dia makan ubat sampai hilang suara menangis. Tapi kalau menangis, ubat ditelan ok lagi... ini .. menangis satu hal, stress satu hal .. ubatnya diludah keluar saja tak masuk pun dalam tekak .. huhu .. tak berbaloi 'berperang'. Ada sesiapa alami situasi yang sama dengan saya?

Antara petua untuk memberi anak yang tidak suka makan ubat ni ialah

1. Beri anak syringe yang telah di isi ubat dan suruh dia picit sendiri ke dalam mulutnya. Kadang-kadang budak ni lebih berani nak buat sendiri. Dia sebenarnya takut bila ibunya atau bapanya nak letak sesuatu yang dia tak tau rasanya ke dalam mulutnya. Lepas tu ibu dan ayah marah-marah suruh cepat. Lagi la dia takut. So.. bila dia picit sendiri dia akan lebih tenang.

2. Sediakan air masak dan air yang berperisa untuk menghilangkan rasa ubat tu. Bagi coklat pun boleh.

atau ...

3.  Cara yang agak 'keras' .. Bedung anak supaya tangan dan kaki tak bergerak. Biar menangis. Picit ubat ke dalam anak tekak. JANGAN KENA LIDAH. Ubat akan terus masuk ke dalam tekak dan anak tidak dapat keluarkan.


tetapi ........


Kesian kan anak kita. Rasa macam kita ni jahat sangat kalau paksa teruk-teruk kan sampai menangis. SO.... cadangan saya ... KUATKAN SISTEM IMUN ANAK. Bila badan dia kuat ... kalau demam, selsema, batuk sikit-sikit tu .. insyaAllah cepat je baik. Sakit ni sebenarnya bagus. Sebab bila sakit kita tau badan kita berfungsi untuk melawan anasir-anasir yang tidak baik tu. Usaha mencegah daripada mengubati. InsyaAllah kesihatan anak lebih baik. Tak payah nak berperang beri ubat.






Copyright © 2014 Ummie's Diary