Hati seorang ibu
Menghantar anak-anak masuk asrama bukan sesuatu yang mudah sebenarnya. Ia memerlukan pengorbanan perasaan yang amat tinggi. Cuma beban perasaan itu tidak sehebat semasa menghantar anak yang pertama masuk asrama. Bila anak masuk asrama, kita seolah-olah 'kehilangan' anak kita. Ye lah .. selalunya depan mata. Sekarang hanya mengharapkan hari cuti hujung minggu dan cuti-cuti sekolah. Setiap hujung minggu hati melonjak-lonjak hendak berjumpa dengan anak-anak tetapi adakalanya tak dapat pergi kerana ayahnya pula sibuk. Rasa seperti sebahagian hati ini dah hilang setiap hari. Tapi apa boleh buat. Ini lah dia pengorbanan yang perlu dilakukan demi untuk menempatkan anak-anak di sekolah yang terbaik.
Antara anak lelaki dan anak perempuan .. bila masuk asrama .. anak perempuan masih terasa rapat dengan saya kerana boleh dikatakan setiap hari dia akan menelefon 2-3 kali sehari. Berbeza dengan anak lelaki .. langsung tak telefon. Sms pun cuma tulis yang ringkas menjawab soalan kita saja. Sedih pula hati ni. Tak apa lah .. ummi doakan semuanya dipermudahkan Allah. Jaga diri baik-baik. Jangan lupakan ummi, ayah dan adik-adik di rumah ni. Belajar lah dengan tekun supaya mencapai kejayaan. Jaga Solat. Jaga akhlak. Semoga anak-anak ummi semuanya berjaya dunia akhirat.
Sekian coretan meroyan ku hari ni.. hehehehehe..
Ummi yang rindukan anak-anaknya.
0 comments:
Post a Comment