Trend memutihkan kulit yang semakin menjadi-jadi di kalangan rakyat Malaysia
Semenjak dua menjak ni semakin menjadi-jadi produk memutihkan kulit dikeluarkan di pasaran. Pendek kata orang Malaysia ni sanggup lah berbelanja beratus-ratus hingga beribu-ribu duit semata-mata nak putihkan kulit tanpa menyiasat terlebih dahulu produk tu selamat ke tidak. Please laa adik kakak. Utamakan kesihatan dulu ya baru kecantikan. Kalau cantik tapi sakit buat apa? Betul tak?
Ini salah satu contoh produk pemutihan kulit yang ada di pasaran. Saya ambil dari fb cik Julia Ashazila. Tak pasti la pula harganya berapa. Tapi yang menakutkan tu produk ni bukan untuk di minum tapi di suntik sendiri ke dalam salur darah. Huhu ... serius ... memang tabik la orang yang berani nak suntik diri sendiri ni. Saya ni ... misi kat klinik kesihatan nak cucuk amik darah saya pun saya tak berani nak tengok inikan pula cucuk diri sendiri?!
Pelik nape org nak sangat putihkan muke sampai jadi macam mayat hidup..smalam saje pm sorang seller ttg injection pemutih...bile ditanye ape brg kat dalam die kate tranexamic acid..kepada mereka yang tak tahu ni salah satu email kpd KKM ttg tren...
Setelah semakan dijalankan, pihak kami mendapati bahawa produk Tren Acid Injection adalah produk yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dengan nombor pendaftaran MAL19900485A. Walaubagaimanapun, produk tersebut hanya diindikasi untuk ‘Treatment of haemorrhage, or threatened haemorrhage, associated with excessive fibrinolysis. It is also used in the management of haemophiliacs undergoing dental extractions and in the prophylaxis of hereditary angioedema.’ Dan bukan untuk kegunaan kecantikan. (Untuk membekukan darah)..Actualy dulu dah heboh dah pasal ni..tp masih ade yang jual.
Mekanisme tren dlm pemutihan kulit
• Blok pembentukan melanin
• Mencegah pengumpulan melanin
• Mengurangkan aktiviti tyrosinase melanocyte dengan menghalang mengikat plasminogen kepada keratinosit, yang menyebabkan pengurangan prostaglandin dan asid arakidonik, yang pengantara keradangan yang terlibat dalam melanogenesis.
• Mencegah pengumpulan melanin
• Mengurangkan aktiviti tyrosinase melanocyte dengan menghalang mengikat plasminogen kepada keratinosit, yang menyebabkan pengurangan prostaglandin dan asid arakidonik, yang pengantara keradangan yang terlibat dalam melanogenesis.
Apakah fungsi melanin?
Melanin terhasil dr respon terhadap radiasi UV untuk mencegah kerosakan DNA. Individu yang terkena sinar UV, seperti sinar matahari, akan menghasilkan lebih banyak melanin untuk perlindungan. Melanin boleh mengelak dari kanser kulit.
Sayangnya Allah SWT dekat umat die...die jadikan org Malaysia yg beriklim tropika ni berkulit sawo matang sbg pelindungan dr kene kanser. So kenapalah nk sangat putih..Allah SWT dh bg elok dah..
2nd point cucuk trans ni adalah pada pelipat tangan...kata Seller yg tak bertauliah tu(diorg bukan specialist pn,jual sbb nk untung je)..tau tak kt pelipat tu ade 2 salur darah, arteri dan vena...terus ke jantung..salah cucuk boleh terus membawa maut..
Sekian..nk sambung tulis manuscript..
Stay healthy, stay safe and be smart
zaharah
sms/whatsapp 019 653 6303
facebook.com/jendelavitamin
0 comments:
Post a Comment